About Us


Kak Ram Cakes telah memulakan perniagaan menjual kek secara kecil-kecilan dari rumah semenjak tahun 2002 dan pada tahun 2006 mula menyertai Wanita Melayu.com sebagai peniaga di bawah produk makanan & minuman sehingga ke hari ini. Blog ini pula ditubuhkan semenjak tahun 2008.  

Untuk pengetahuan semua, kami beroperasi dari rumah sepenuh masa. Kek-kek yg dihasilkan pula sememangnya tidak mengandungi bahan pengawet. Jadi jangka hayat kek sememangnya tidak lama bergantung pada jenis kek. Memandangkan cuaca di Malaysia ini panas dan lembap, inisiatif pelanggan diperlukan untuk menyimpannya ditempat yang sejuk dingin. 

Akhirkata dari kami, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pelanggan-pelanggan setia Kak Ram Cakes kerana sokongan yang anda beri selama ini menjadikan Kak Ram Cakes masih wujud sehingga ke hari ini. Jasa anda akan kami kenang hingga ke akhir hayat. Kepada pelanggan -pelanggan baru, terima kasih kerana sudi singgah di kedai kek Kak Ram dan jangan segan-segan untuk order kek dari kami. 

Sekian, terima kasih. 

Wassalam...

Ikhlas dari,
Riza & Kak Ram

BUSINESS CARD
~Riza (Owner)~
Kak Ram Cakes
 Website : http://kakramcakes.blogspot.com
Email : kakramcakes@gmail.com
Telephone : 019-309 1972
Address :  152 Lorong Keramat 7, Kg Datuk Keramat, 
54000 Kuala Lumpur, Malaysia

MAP